Saya
menerima bantuan berbentuk biasiswa dari MAKNA di bawah program “Young Cancer Survivor
Scholarship”. Setelah membuat permohonan untuk bantuan kewangan untuk
meneruskan pengajian di universiti, MAKNA telah menganugerahkan biasiswa kepada
saya berdasarkan criteria yang ditetapkan..
Program
ini diasaskan oleh MAKNA untuk menyokong dan membantu bekas pesakit kanser yang
layak menyambung pelajaran di peringkat universiti tetapi menghadapi cabaran
cabaran dari segi kewangan atau kesulitan dalam biasiswa.
Bantuan
yang disalur telah menangung kos pengajian saya di universiti dari segi yuran
pengajian dan juga kos sara hidup saya di universiti dari tahap diploma hingga
ijazah, iaitu pada tahun 2009 hingga 2014.
Dengan
bantuan yang diberikan oleh MAKNA, ia sedikit sebanyak dapat membantu saya
untuk terus belajar dan mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh keluarga saya
untuk menampung kos pengajian saya. Bantuan yang saya terima telah menjadi
perangsang kepada saya untuk mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan untuk
setiap semester dan menjadi sumber inspirasi untuk mengejar cita-cita saya.
Bantuan
yang diberikan sebenarnya banyak membantu saya menampung membiayai perbelanjaan
untuk melengkapkan pengajian saya untuk setiap semester. Sepanjang pengajian saya
di universiti, ia menyedarkan saya bahawa setiap kejadian yang berlaku ada
hikmah di sebaliknya yang hanya disampaikan melalui perlambangan dan tidak
secara terangterangan. Segala jasa baik yang diberikan oleh MAKNA amatlah saya
hargai dan berharap MAKNA dapat terus maju, berjaya dan membantu golongan yang
memerlukan.
*
Razif kini bekerja di MAKNA sebagai Eksekutif Bahagian Kewangan.
ENGLISH TRANSLATION
‘MAKNA Young Cancer Survivor Scholarship’
I received a scholarship from MAKNA in the form of the ‘Young Cancer Survivor Scholarship’ to pursue my university education. After putting in my application, I was thrilled to learn that MAKNA had awarded me the scholarship as my application had successfully met all the requirements for the programme, including being a cancer survivor.
The programme was initiated by MAKNA to encourage and support young, capable cancer survivors who were facing financial hardship - to further their education at university. It was challenging to apply for scholarships elsewhere with my medical history. The scholarship I received helped bear the cost of my tuition and living expenses, from diploma to degree between 2009 and 2014.
The assistance I received from MAKNA enabled me to continue studying and lessened the burden on my family in terms of education costs. This scholarship gave me the drive to achieve the best results possible in my exams each semester and became a source of inspiration to realise my dreams. I wanted to make every cent that had been given to me, count.
In truth, the scholarship really helped me sustain myself throughout the course of my education. Over the duration of my studies, I have come to realise that everything that happens in life, for better or worse, is a blessing in disguise. For everything that MAKNA has done for me, I feel so very grateful. I wish for MAKNA to keep progressing and succeeding in giving underprivileged cancer patients and survivors like me, a shot at a meaningful life.
*Razif is currently employed as an executive in the Finance department of MAKNA.